15 08 2011

Kad Kahwin Norman Dan Memey

Oh sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah 15 hari puasa. 15 hari lagi raya. Lepas raya, tarikh keramat perkahwinan Norman dan Memey (24 September) akan tiba. Dan nampaknya Memey dan Norman sudah mula sibuk mengedarkan kad perkahwinan mereka di bawah.

Cantik kan?  Lain daripada yang lain. Jarang nampak bakal pengantin guna gambar posing manja untuk dijadikan kad kahwin. Sungguh berbeza. Mana tahu selepas ini makin ramai yang mencontohi kad kahwin Norman dan Memey kerana keunikannya.





Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

21 06 2011

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,” katanya dalam laman blog beliau, BURN & SOUL.

KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun yang lalu dan membariskan para pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putera, Soffi Jikan selain Syamsul sendiri mengisahkan keruntuhan institusi keluarga yang dialami oleh watak utama, Malek (lakonan Aaron Aziz), setelah dia dipenjarakan selama lima tahun akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (lakonan Syamsul Yusof). Shark ialah anak tiri kepada King (Riduan Hashim).

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, pada ketika ini, perasaan beliau adalah gembira bercampur baur dengan hiba ekoran masih terasa kehangatan tanah pusara datuknya, Arwah Tok Wan yang meninggal dunia hampir lapan bulan yang lalu.

“Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja, ikhlas dengan niat yang baik. Yang lain kau serahkan pada DIA. DIA tahu kerja DIA. DIA Maha Adil. Orang nak cakap buruk tentang kita, biarkan. Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita, biarkan,

“Jangan melatah dan mudah naik darah. Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga. Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.. ”

Itulah amanat ‘Tok Wan’ dalam perbualan terakhir sebelum arwah meninggal dunia, cerita Syamsul.

p/s: “Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!”

www.lelakiperkasa.com





Pi Mai Pi Mai Tang Tu – Pak Uda Tetap Dalam Ingatan.

21 06 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu – Pak Uda Tetap Dalam Ingatan.

“Anje… Anje..”. Itu merupakan panggilan manja Mak Uda buat suami tercinta iaitu Pak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, rancangan komedi yang pernah menjadi tarikan masyarakat Malaysia satu ketika dahulu.

Walaupun sitkom tersebut sudah berakhir, perjuangan seni insan bernama Zami Ismail tidak pernah luntur. Pelbagai lakonan telah beliau ceburi samada mengekalkan watak komedi, mahupun seorang bapa yang sangat penyayang.

Lawak jenaka beliau masih kekal dalam ingatan. Tatkala menonton filem lakonan beliau di dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Rumah’, hampir terlupa beliau telah pergi selama-lamanya semalam.

Ramai di kalangan artis yang meratapi pemergian beliau. Apatah lagi salah seorang anak yang mewakili bakat seni bernama Opie Zami.

Mungkin ramai yang masih menunggu antara filem lakonan beliau yang masih belum ditayangkan iaitu ‘Shhh.. Dia Datang’ dan  Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit. Kedua-dua filem ini bakal ditayangkan pada tahun ini.

Manusia datang dan pergi. Namun perjuangan seni tetap diteruskan. Sudah pasti pelakon-pelakon yang pernah terlibat dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sukar menerima pemergian beliau. Siapa sangka, tatkala Pak Uda memperjuangkan nasib salah seorang pemegang watak Busu dalam sitkom tersebut, beliau yang pergi terlebih dahulu.

Busu kini sedang menghadapi penyakit kencing manis dan diabetis yang kritikal tanpa sebarang pembelaan. Pak Uda merupakan individu yang tampil membela nasib Busu.

Inilah namanya perjalanan insan bergelar makhluk Ilahi. Allah sayang akan hamba-hambaNya. Semoga Pak Uda aman dan tenteram di sana.

 

 

 

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

 

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

 

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

 

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

 

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

 

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.

 

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

 





Biawak baham bayi

5 08 2009

KUANTAN: Seorang ibu tunggal terkejut kerana tidak menyangka ‘bangkai itik’ tersangkut di celah akar pokok bakau yang dimakan biawak di tepi Sungai Kuantan berhampiran Peramu di sini, semalam, sebenarnya mayat bayi yang dihanyutkan arus.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mastura Mamat, 34, dari Kampung Panching di sini, menemui mayat bayi itu ketika menikmati hidangan di tepi jeti milik kilang memproses makanan laut di kawasan itu.

Lebih menyayat hati, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui hanya tinggal kepala dan sebelah tangan, manakala anggota badan lain hilang dipercayai dimakan haiwan liar.

Menceritakan semula penemuan itu, Mastura berkata, dia menyedari kehadiran objek itu sejak kelmarin selepas melihat sekumpulan biawak mengerumuni sesuatu, tetapi tidak menghiraukannya.

“Ketika itu, saya melihat sekumpulan biawak memakan ‘bangkai’ itu yang terkeluar daripada balutan plastik hitam sejak jam 5 petang semalam (kelmarin), tapi tidak terlintas untuk memeriksanya sebelum mendapati ia masih berada di kawasan sama, pagi tadi (semalam).

“Beberapa rakan yang berada di jeti melihat objek itu secara dekat sebelum memberitahu ia mayat bayi yang tinggal kepala dan tangan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang sebelum memberitahu Ketua Kampung Peramu, Baharuddin Sulong yang kemudian menghubungi polis, kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, berikutan penemuan mayat berkenaan, dia trauma dan kesal dengan individu tidak bertanggungjawab tergamak melakukan perbuatan kejam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti jantina bayi itu termasuk mengetahui tempoh dilahirkan sebelum dibuang ke sungai berkenaan.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.





Sudah dilamar

5 08 2009


Rap
PENGALAMAN pahit dua kali putus cinta sebelum ini menjadikan pelakon Serina Redzuawan seolah-olah fobia untuk menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.

Malah, kata anak tukang masak terkenal Chef Wan ini, dia juga tidak terfikir untuk bercinta lagi dalam tempoh terdekat ini kerana bimbang ia akan putus di tengah jalan sama seperti hubungan terdahulu.

“Sebenarnya selepas putus cinta dengan pelakon Allahyarham Hani Mohsin dulu, saya juga menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang jejaka Melayu yang bertugas sebagai jurutera selama dua tahun.

“Apabila si dia balik dari Amerika Syarikat, saya terus berjumpa dengannya dan bertanya sama ada dia bersedia untuk mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan, tetapi si dia memberitahu saya dia belum bersedia.

“Buat apa saya nak tunggu dia lagi kerana saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin dan ramai rakan sebaya juga sudahpun berumah tangga. Justeru, saya terus mengambil keputusan memutuskan hubungan itu,” katanya.

Namun, pertemuan dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 33, yang juga Pengarah Urusan Football Focus Sdn Bhd setahun yang lalu ternyata mengubah segalanya.

“Kami bertemu di majlis hari jadi seorang rakan dan saya hanya menghubunginya seminggu selepas pertemuan itu dengan kad bisnes yang diberikan pada saya.

“Selepas berkawan selama enam bulan, Salahudin terus ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan saya.

“Hati saya terbuka untuk menerima jejaka dari London itu dalam hidup saya kerana dia menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama iaitu aktiviti bersukan. Dia memang suka bermain bola sepak dan saya pula memang menyukai aktiviti lasak seperti memanjat bukit, bermain badminton dan futsal,” katanya.

Bagaimanapun, kata Serina, yang sibuk dengan penggambaran drama bercorak kepolisan, Akademi Polis musim ke-5 dan Roda-Roda Kuala Lumpur musim ke-3, dia berusaha meyakinkan bapanya terlebih dulu sebelum mendapat restunya untuk berkahwin.

“Pada peringkat awal, papa tidak setuju saya ingin berkahwin dengan Salahudin. Saya berusaha meyakinkannya bukan semua lelaki mat salih itu tidak betul.

“Saya juga meminta papa bertemu dengan Salahudin dan selepas itu menilainya sendiri. Selepas papa bertemu dengannya, dia terus merestui hubungan kami berdua.

“Sebagai anak, sangat penting, saya mendapat restu ibu bapa sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Apa yang saya harapkan sekarang, hubungan saya dan Salahudin akan berakhir ke jenjang pelamin seperti direncanakan,” katanya.

Ditanya mengenai majlis pertunangan, Serina berkata, mungkin tiada majlis pertunangan kerana Salahuddin sudahpun melamarnya dengan memberikan cincin tanda, dua bulan lalu.

“Sehari sebelum majlis akad nikah, majlis berinai kecil akan diadakan di kediaman keluarga pada malam 31 Disember. Ia disusuli dengan majlis pernikahan kami yang akan berlangsung jam 5 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Januari 2010.

“Majlis resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya 2 Januari 2010 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada sebelah malamnya.

“Saya akan menggayakan baju rekaan Ridz untuk majlis akad nikah dan Radzwan Radziwil untuk majlis resepsi,” katanya.

Serina ditemui di sidang akhbar The 3rd Chocolate Cake Championship di Alexis Bistro, Jalan Ampang, kelmarin. Hadir sama, bapanya, Chef Wan yang juga ketua juri pada pertandingan itu dan adiknya, Chef Riz.

Sementara itu, Chef Wan berkata, majlis perkahwinan Serina akan berlangsung secara sederhana, tetapi meriah.

“Saya tidak akan buat majlis besar-besaran atau Wedding of The Year kerana tidak ingin membazir atau menunjuk-nunjuk pada orang.

“Sebenarnya, ramai pihak yang berminat untuk menaja majlis perkahwinan Serina, tetapi saya menolaknya kerana saya masih mampu mengadakan majlis kahwin untuk anak sendiri.

“Saya tidak kisah orang nak kata saya kedekut kerana bagi saya kalau ada duit yang berlebihan itu lebih baik sedekah pada golongan yang lebih memerlukan di luar sana,” katanya.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, setakat ini, persiapan majlis perkahwinan Serina baru siap sebanyak 30 peratus.

“Pihak kami akan mendapatkan khidmat kawan baik, Datuk Farida Hashim yang pernah menjadi perancang majlis perkahwinan penyanyi Ning Baizura.

“Konsep majlis resepsi ialah perkahwinan dalam taman kerana Serina dan Salahudin sangat mencintai alam semula jadi.

“Saya juga tidak mengundang ramai tetamu dan hanya kira-kira seramai 650 tetamu di majlis resepsi yang membabitkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan pihak media yang rapat saja nanti.

“Tiada tetamu kenamaan, tetapi saya turut mengundang golongan anak yatim untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan ini.

“Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak juga, pihak lelaki akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan pada majlis pernikahan nanti,” katanya.

Mengenai Salahudin sebagai calon menantu, Chef Wan berkata, dia menerima Salahudin sebagai menantunya kerana dia berbudi bahasa, berpelajaran dan ahli perniagaan yang dinamik.

“Sebenarnya, saya tidak kisah siapapun pilihan anak saya termasuk pemandu teksi sekalipun kerana apa yang penting dia bahagia dengan pilihannya itu.

“Apa yang penting, Salahudin juga sudah memeluk Islam lebih awal sebelum Serina berkawan dengannya,” katanya.

tips untuk tahan lama





Tidak kisah tidak popular

3 08 2009

FAIZAL hanya mahu berusaha dan melangkah ke depan.

MENYEPI diri sejak melancarkan album sulungnya pada Ogos lalu, Mohammad Faizal Ramly (Faizal) boleh dikatakan antara juara Akademi Fantasia (AF) yang paling kurang mendapat perhatian media. Jika ada pun cerita mengenai Faizal, ia semuanya berita yang kurang enak.

Dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk mengambil dadah serta tidak berdisiplin, karier Faizal agak berliku sehinggakan dia dilabelkan sebagai juara AF yang paling tidak berjaya. Namun, di sebalik ‘ketiadaan’ Faizal, dia sebenarnya sibuk membuat persembahan.

Cuma persembahan-persembahan itu tidak mendapat perhatian media yang sekali gus membuatkan orang berfikir Faizal tidak lagi aktif. Namun, Faizal tidak kisah dengan semua tanggapan orang kerana semua itu menjadikan dirinya lebih matang.

Lagipun, penyanyi berusia 25 tahun itu bersyukur kerana dia masih mampu bertahan dan rezekinya tidak pernah putus. “Saya tidak kisah jika diri saya tidak popular atau kurang publisiti. Apa yang penting adalah rezeki. Janji saya cukup makan dan tidak buat benda-benda jahat terhadap orang lain,” kata Faizal ketika ditemui pada majlis promosi filem Momok The Movie.

Banyak membuat persembahan di Johor dan Pulau Pinang, Faizal turut memberitahu mungkin perjalanan kariernya yang membuatkan dia kelihatan seperti menghilangkan diri.

“Saya tahu ada banyak media yang berkata saya sukar untuk dihubungi. Namun, itu bukannya niat saya. Cuma mungkin kerana saya melakukan semua benda secara peribadi, jadi ada kalanya timbul sedikit salah faham.

“Bayangkan saya selalu memandu kereta seorang diri untuk pergi ke destinasi persembahan. Saya juga menguruskan jadual seni saya sendiri. Saya mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa saya mampu melakukannya dan tidak kisah jika perlu bermula dari bawah.

“Saya juga tidak mahu menggunakan khidmat pembantu kerana sudah selesa dengan keadaan sekarang. Biarlah apa orang nak cerita kerana ini adalah perjalanan seni saya sekarang,” katanya yang tidak kisah dengan sebarang kontroversi.

Kekurangan publisiti juga tidak bermaksud dia sudah dilupakan ramai. Malah dalam diam, Faizal telah ditawarkan untuk berlakon dalam dua buah filem. Menariknya dalam kedua-dua filem itu, Momok The Movie dan Pulau Asmara, dia diberi peranan sebagai tunjang utama.

Membawakan watak utama sebagai Adlin dalam Momok The Movie, filem tersebut memberikan banyak pengalaman hebat terhadap dirinya walaupun prosesnya lebih penat berbanding nyanyian. Filem Momok The Movie arahan M.Jamil akan ditayangkan di pawagam pada Hari Raya Pertama nanti.

“Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan ditawarkan watak utama. Lagipun, ini merupakan percubaan pertama dan saya berpeluang untuk bekerjasama dengan pelakon hebat lain seperti Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Abon, Leez AF4, Mimi Rahzia dan seniwati tersohor, Datuk Sarimah.

“Tanpa sebarang pengalaman, saya tidak sangka akan ditawarkan untuk berlakon. Mungkin ini rezeki saya. Malah selepas penggambaran Momok The Movie, saya terus ditawarkan untuk sebuah lagi filem iaitu Pulau Asmara arahan Utam Kumar.

“Menceritakan kisah tiga sahabat yang bercuti di Pulau Langkawi, filem genre romantik itu yang diterbitkan oleh Ala Kazam Production sudah siap penggambaran dua bulan lalu. Namun, saya tidak begitu pasti dengan tarikh tayangannya lagi,” kata Faizal.

Tidak kisah jika dia lebih aktif berlakon selepas ini, Faizal memberitahu lakonan dan nyanyian saling mempunyai kaitan. Tapi apa yang pasti, dia akan memberikan yang terbaik dalam bidang yang diceburi.

“Asalkan saya masih mempunyai peluang, saya akan terus mencuba. Selain berlakon, saya juga ada satu projek khas bersama kumpulan Iklim. Setakat ini saya sudah merakamkan lima buah lagu dan ada tiga lagi yang belum dirakamkan,” katanya yang bertindak sebagai vokalis ’sementara’ kumpulan itu.

tips memikat wanita





Norman Kru Hantar Kad Undangan

30 07 2009


Kad undangan perkahwinan NORMAN & Shireen


NAMPAKNYA terjawab sudah siapakah wanita bertuah yang berjaya mencuri hati abang sulung trio KRU Norman Abdul Halim.

Wanita yang menjadi pilihannya bukanlah orang jauh sebaliknya pekerja yang sentiasa membantunya selama ini. Wanita itu ialah Shireen Hashim, 44, Ketua Pegawai Eksekutif KRU International.

Norman, 37, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad menegaskan meskipun perkahwinannya dinanti-nanti banyak pihak terutama keluarganya, dia tetap mahu sebuah majlis yang ringkas dan sederhana.

Tiada persandingan, tiada majlis resepsi besar-besaran dengan persembahan deretan artis popular dan tiada juga jemputan yang mencecah angka ribuan tetamu.

“Majlis perkahwinan saya ringkas sahaja, semua majlis dibuat di masjid sahaja. Apa yang penting itu akad nikah, rasanya dengan lakukan secara sederhana lebih afdal.

“Malah, jemputan juga terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan media. Itu sahaja, saya tidaklah menjemput ramai sangat orang kerana lokasi majlis pun di masjid,” ulasnya ringkas.

Dia yang akan bernikah pada 7 Ogos depan selepas solat Isyak pada pukul 9 malam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah pun menghantarkan kad jemputan yang indah kepada media menerusi wakilnya kelmarin.

Cantik dan elegan. Itulah gambaran yang diberikan saat pertama kali terlihat kad undangan perkahwinan Norman dan Shireen.

Kad undangan dalam kotak berwarna krim yang digubah cantik bertatah mawar merah jambu itu khabarnya dibuat sendiri oleh adik ipar Norman, Milia yang juga isteri kepada Edry.

Bercerita tentang bakal isterinya, Shireen yang tujuh tahun lebih tua daripadanya dan berstatus ibu tunggal beranak satu, Norman memberitahu dia tertarik dengan sifat lemah lembutnya. Akhirnya percintaan dalam diam-diam selama dua tahun membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya tidak kisah dengan status bakal isteri kerana yang paling penting ialah hati budi dan keikhlasannya berkawan dengan saya sebelum ini.

“Shireen cukup bersabar dengan saya dalam setiap hal, malah sanggup berkorban untuk saya dan tidak pernah jemu meningkatkan kemajuan syarikat KRU International,” katanya mengagumi komitmen bakal isteri.





Kid muncul semula

30 07 2009


SEARCH


SEPANJANG 28 tahun kumpulan legenda Search berdiri megah dalam persada seni tempatan, tiada apa yang lebih manis apabila mereka kembali dengan Konsert Penghargaan Search di Awan Biru.

Meskipun pelbagai dugaan terpaksa ditempoh termasuklah pembatalan konsert di beberapa lokasi dan khabar angin kononnya ada pihak menyeleweng wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan konsert, Search tidak pernah melatah.

Malah, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (dram), Din (gitaris), Nasir (bassis) dan Hillary (gitaris) ini tetap mara dan terus memandang kehadapan walaupun konsert yang sepatutnya dijadual bakal berakhir pada Ogos depan terpaksa ditunda sehingga selepas lebaran nanti.

“Kecewa juga bila tidak dapat sempurnakan seperti apa yang dijadualkan sebelum ini tetapi saya tidak boleh kata ada penyelewengan wang dalam produksi konsert ini kerana konsert tidak habis lagi dan akaun pun belum ditutup lagi.

“Apa yang saya boleh kata setiap produksi besar pasti mempunyai masalah. Ada masalah yang kami boleh elakkan dan ada yang tidak.

“Tentang konsert yang dibatalkan, setakat ini kami cuma tidak dapat pergi ke Kelantan tetapi untuk Sabah dan Sarawak, mungkin kami akan pergi selepas raya nanti,” ujar Amy.

Ketepikan segala masalah, kini mereka sedang giat berlatih mempersiapkan diri untuk konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur di Bukit Kiara Equestrian Club, pada Sabtu ini.

Tambah Amy, dia semahunya ingin melakukan konsert di Stadium Merdeka kerana baginya senang untuk mengumpulkan peminat berdasarkan lokasinya di tengah-tengah kota.

Selain itu, Stadium Merdeka juga banyak meninggalkan memori manis bagi dirinya dan anggota Search yang lain.

Meskipun begitu, Amy tetap bersyukur apabila Search diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan konsert di Bukit Kiara.

SEMANGAT masih sama seperti mereka diusia muda.



“Kalau sebut tentang lokasi memang Stadium Merdeka yang menjadi pilihan tetapi buat di Bukit Kiara pun okey juga. Boleh kumpul ramai orang kerana lokasinya yang terbuka dan luas,” terangnya.

Kata Amy yang sedang menanti kelahiran anak ketiganya bersama isterinya Norish, selepas mengadakan konsert jelajah di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Jengka, Pahang; Johor Bharu dan Kuala Terengganu, Search akan tampil berbeza di Kuala Lumpur.

Bukan sahaja pemilihan lagu, jumlah krew produksi bahkan barisan anggota Search yang akan memanaskan pentas juga berbeza dari konsert sebelum ini.

“Produksi untuk konsert di Kuala Lumpur lebih besar, pilihan lagu juga diubah sedikit, selain itu kami juga mengundang kembali bekas pemain gitar utama Search iaitu Kid untuk bersama kami.

“Pastinya ia akan mengundang nostalgia bukan sahaja pada kami tetapi juga pengikut setia Search kerana Kid hanya bermain untuk konsert di Kuala Lumpur sahaja,” jelasnya.

Satu penghargaan – Kid

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Taib, 42, menyertai Search sekitar tahun 1989 menerusi album Fenomena, namun secara rasmi keluar daripada Search pada Februari 2006.

Meskipun tempatnya telah digantikan oleh Hillary, namun demi perjuangan lebih 20 tahun bersama Search dan peminat, Kid tidak menolak pelawaan rakan-rakannya untuk bersatu kembali biarpun untuk jangka masa yang pendek.

“Saya berterima kasih kepada Search kerana sudi mengundang saya untuk konsert di Kuala Lumpur. Walaupun kemunculan saya untuk lima ke enam lagu sahaja tetapi ia sudah memadai kerana mereka memberi ruang kepada saya untuk memilih lagu yang saya inginkan,” luahnya.

Terangnya lagi, pelawaan yang datang kira-kira sebulan yang lalu dan kini dalam tempoh seminggu, dia bersama Search sedang sibuk berlatih.

“Saya sempat berlatih bersama Search dalam beberapa hari sahaja, tetapi saya akan berikan yang terbaik kepada peminat Search,” ujarnya yang pernah ‘dibuang’ secara tiba-tiba daripada kumpulan magis berkenaan.

Kid



Bagaimanapun atas dasar persahabatan, sengketa lama sudah dilupakan dan kerendahan hati Kid membuatkan peminat kumpulan Search bakal menyaksikan detik membahagiakan di pentas konsert Sabtu ini.

Hillary yang ditemui juga memberitahu, konsert di Kuala Lumpur melakar sejarah apabila ia merupakan kali pertama Search bergabung kembali dengan Kid.

Apa yang menariknya kata Hillary, peminat setia Search dapat menyaksikan pemain gitar utama Search yang dulu dan sekarang secara serentak.

“Memang menarik tetapi dengan adanya tiga gitaris, saya, Kid dan abangnya, Din, di atas satu pentas dan memainkan lagu-lagu Search. Sudah pasti ia saat yang tidak akan dilupakan.

“Tetapi dengan adanya tiga gitaris, kami harus berhati-hati dan kena bahagikan bahagian masing-masing. Kalau semua main secara serentak, nanti akan nampak dan kedengaran serabut,” tuturnya.

Itu kisah pemain gitar, Yazid yang duduk di posisi drum dilihat lebih banyak kerja dan tenaga yang harus dikerahkan berbanding posisi yang lain.

Dalam usia yang mencecah separuh abad dan rambut putih semakin banyak, ia bukannya satu halangan untuk Yazid dan anggota Search yang lain terus memukau pandangan peminat di pentas.

Bicaranya, meskipun usia mereka semua sudah lanjut tetapi penjagaan stamina dan skil bermain alat muzik merupakan aset utama.

“Kalau saya main drum untuk diri sendiri sudah tentu akan penat tetapi kalau main drum untuk Search dan konsert jelajah, saya akan gunakan skil menerusi pengalaman yang ada supaya tidak mudah letih.

“Memang saya akui pemain drum paling teruk kerana kena gerakan semua anggota badan dan siap kena kira matematik untuk mendapatkan tempo yang tepat.

“Drum walaupun duduk di posisi yang paling belakang tetapi dengan satu kesalahan yang kecil, orang tetap akan perasan kalau drum salah habis bercelaru semua orang,” ungkapnya dalam tawa.

Bagi menjaga aset dirinya sebagai pemain drum, Yazid jarang turun padang sukan yang lasak kerana bimbang akan mencederakan tangan dan kakinya.

“Kalau cedera tangan dan kaki, susahlah saya nak cari makan. Sebab itu saya jarang bersukan seperti bola sepak atau futsal kerana kalau main dengan kawan-kawan mereka semua main seperti mewakili Malaysia, yang teruknya saya.

“Saya lebih suka permainan yang santai seperti snuker kerana tidak perlu berebut-berebut dan tidak akan mendapat kecederaan yang serius,” luahnya lagi.

Search yang ditemui Kosmo! ketika sesi latihan baru-baru ini menjelaskan faktor usia bukannya menjadi halangan buat Search untuk terus berkarya kerana semuanya terletak pada hati.

Apabila ditanya pada mereka, adakah ini konsert Search yang terakhir, tiada jawapan yang keluar daripada mulut mereka.

Apapun, Search bukan sahaja kumpulan rock paling lama bertahan, bahkan kumpulan yang boleh dianggap sebagai kumpulan legenda.

Tambah vokalisnya Amy yang akan mendendangkan lebih kurang 22 buah lagu pada konsert Sabtu ini dan telah genap 51 tahun usianya pada 28 Julai lalu berharap, peminat Search akan sama-sama turun padang menyokong perjuangan Search di Bukit Kiara Equestrian Club,





MINYAK WANGI PEMIKAT!! LEBIH 500 TESTIMONI!!!!!REAL

29 07 2009

Phero-X™
Androstenone Pheromone
The Science Of Attraction

Product By : Morgan Labs LCC
Made In : Russia

Phero-X™ adalah formula yang kompleks dan rumit, anda akan menjana pelbagai kesan aura dan mencuri perhatian manusia.
Kesan keseluruhannya akan membuatkan anda rasa mudah untuk bergaul dan bermesra dan bertemu dengan kenalan.

Yang anda akan benar-benar pasti ialah bau pheromones yang unik membuatkan ramai orang tertanya-tanya
di dalam hati…. “bau apakah ini???” disebabkan kesan pheromones yang bermain dengan minda mereka.

Tidak seperti kebanyakan pewangi, kerana anda tahu, sebaik sahaja menghidu minyak wangi, anda tahu itu minyak wangi….
tetapi pheromones Phero-X™ kalau dihidu, akan membuatkan anda tertanya-tanya… “bau apa ni”… hemm…

Harus di ingat, Phero-X™ bukan lah minyak pengasih yang berunsurkan perkara negatif.

Banyak Orang Tak Faham Fungsi Phero-X Rupanya.
Saya Kongsi Fungsi-fungsi Phero-X dengan anda semua ok…

Disebabkan kandungan Pheromone jenis Androstenone yang tinggi, maka kesan-kesan yang akan diperolehi adalah :-

1. Aura
Aura kelelakian akan menjadi tinggi secara mendadak… Kerana hormon Androstenone ini akan menyebabkan minda bawah sedar pemakai tahu bahawa hormon kelelakiannya ditahap maksima.

2. Orang sekeliling
Orang sekeliling akan tertanya-tanya di dalam hati… Bau apa yang mereka hidu… Diri sendiri pun akan pelik dan tertanya-tanya bau apa… Sedangkan anda memakai Phero-X…

3. Mesra
Kenapa orang yang berada dalam jarak 1 hingga 5 kaki akan lebih mesra setelah mengenali anda dalam 2-5 minit pertama??? Jangan pelik kerana Androstenone mengubah minda bawah sedar orang yang berada disekeliling menjadi lebih peramah dan terbuka…

4. Menstrual/Kesuburan
Hormon Androstenone yang dihidu wanita, akan membuatkan perkitaran haid wanita menjadi teratur. Tahap kesuburan mereka juga akan berada dalam tahap optimum. Ini adalah kesan akibat menghidu Androstenone.

So kepada yang guna Phero-X dan tidak memahami kegunaan Phero-X, mungkin akan keliru…

Phero-X cuma meningkatkan keterampilan anda dengan Aura Hormon Androstenone… (Tidak Lebih Dari Itu)

Pasti akan ada yang bertanya,,, Adakah Phero-X berkesan???
*(Jawapannya) Ia berkesan untuk saya…
Ia juga didapati berkesan untuk kawan-kawan saya…

Jika anda menjual/membeli Phero-X… Saya rasa dah banyak testimoni yang ada… Berlambak-lambak!!!

Jadi kalau ada pelanggan yang tidak appriciate, tidak suka dan tidak hargai Phero-X… (Jangan Hirau,, Ada Moneyback Guarantee)

Produk berkesan… tapi mungkin mereka expect yang lebih tinggi… contoh bila pakai Phero-X… ada makwe akan kejar mereka dan bogel dihadapan mereka…. kah kah kah …. Ini mustahil sebab wanita-wanita Malaysia punyai harga diri yang tinggi!!!

Kerja keraslah skett brother… Berkenalan dulu.. Kenal hati budi… Barulahh tackle…

Sekian dari saya…

Warga-warga penjual/ejen Phero-X yang bekerja keras,,, disamping mencari rezki yang halal… Anda juga telah berhasil menjadikan ramai warga Malaysia berkeyakinan tinggi dengan keterampilan mereka…

Tahniah!!!

Hidup Phero-X…
Cubalah… Anda pasti teruja!!!

Tempah Phero-X™ Online

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Tempahan boleh dibuat melalui:-
Maybank2u.com / Maybank Atm Cash Deposit
CimbClicks / Cimb Atm Cash Deposit

1. Bankin RM49.00 ke Akaun :

Nama : zanuddin bin nawang
Nama Bank : Maybank Berhad
Acc No :155126999034
@
Nama Bank : CIMB Bank
Acc No : 05150000207103

2. Simpan segala bukti transaksi pembayaran anda.
(Simpan sehingga anda menerima barangan anda)

3. Sms / Call : 019-3019978
Berikan butiran lengkap berikut :

Nama anda
Alamat Anda
Bank In
Jumlah Transaksi
Masa transaksi
Tarikh transaksi
Kod Produk : PHR

Contoh :-
najib bin ali<space>No 2, Jalan P/9a, Kawasan Perusahaan Sek 13, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor<space>Maybank<space>RM49.00<space>10.00AM <space>240709<space>PHR

atau anda boleh layari website saya

sila layari website ini http://lelakiperkasa.com/phero-x/index.htm





Hello world!

28 07 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.