Pi Mai Pi Mai Tang Tu – Pak Uda Tetap Dalam Ingatan.

21 06 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu – Pak Uda Tetap Dalam Ingatan.

“Anje… Anje..”. Itu merupakan panggilan manja Mak Uda buat suami tercinta iaitu Pak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, rancangan komedi yang pernah menjadi tarikan masyarakat Malaysia satu ketika dahulu.

Walaupun sitkom tersebut sudah berakhir, perjuangan seni insan bernama Zami Ismail tidak pernah luntur. Pelbagai lakonan telah beliau ceburi samada mengekalkan watak komedi, mahupun seorang bapa yang sangat penyayang.

Lawak jenaka beliau masih kekal dalam ingatan. Tatkala menonton filem lakonan beliau di dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Rumah’, hampir terlupa beliau telah pergi selama-lamanya semalam.

Ramai di kalangan artis yang meratapi pemergian beliau. Apatah lagi salah seorang anak yang mewakili bakat seni bernama Opie Zami.

Mungkin ramai yang masih menunggu antara filem lakonan beliau yang masih belum ditayangkan iaitu ‘Shhh.. Dia Datang’ dan  Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit. Kedua-dua filem ini bakal ditayangkan pada tahun ini.

Manusia datang dan pergi. Namun perjuangan seni tetap diteruskan. Sudah pasti pelakon-pelakon yang pernah terlibat dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sukar menerima pemergian beliau. Siapa sangka, tatkala Pak Uda memperjuangkan nasib salah seorang pemegang watak Busu dalam sitkom tersebut, beliau yang pergi terlebih dahulu.

Busu kini sedang menghadapi penyakit kencing manis dan diabetis yang kritikal tanpa sebarang pembelaan. Pak Uda merupakan individu yang tampil membela nasib Busu.

Inilah namanya perjalanan insan bergelar makhluk Ilahi. Allah sayang akan hamba-hambaNya. Semoga Pak Uda aman dan tenteram di sana.

 

 

 

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

 

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

 

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

 

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

 

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

 

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.

 

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

 


Tindakan

Informasi

One response

21 06 2011
lelakiperkasa

Al- Fatihah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.