Oh sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah 15 hari puasa. 15 hari lagi raya. Lepas raya, tarikh keramat perkahwinan Norman dan Memey (24 September) akan tiba. Dan nampaknya Memey dan Norman sudah mula sibuk mengedarkan kad perkahwinan mereka di bawah.
Cantik kan? Lain daripada yang lain. Jarang nampak bakal pengantin guna gambar posing manja untuk dijadikan kad kahwin. Sungguh berbeza. Mana tahu selepas ini makin ramai yang mencontohi kad kahwin Norman dan Memey kerana keunikannya.